CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 8, 2009

Hijrah! ke Laman Baru...jom

Assalamu'ailaikum

Apa khabar iman dan hati kita?

Saya berdoa kepada ALLAH, agar kita sama-sama sihat dalam nikmat keimanan dan ISLAM yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT kepada kita.

Asif Jiddan kerana membiarkan blog ini bersawang.hehehe...kerana dalam usaha memperbaiki diri sebenarnya. Apa pun post kali ini saya ingin mengumumkan penghijrahan blog saya.

Dengan Izin Allah, In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful saya menjemput semua pelawat blog saya untuk kita sama-sama memulakan perjalanan baru, di laman yang baru http://arruhul-jadeed.iluvislam.com

Moga bermanfaat..."Hidup ini indah jika kita berprinsipkan Kalimah Tauhid"
May Allah bless us with Jannatul Firdausi.Amin.

Kini blog BrillianceMarjan berhenti setakat ini dan meneruskan pengembaraan dengan kehidupan yang baru di laman yang baru.

wassalam.

p/s: para followers bolehlah jadi members yang baru di laman yang baru.TQ

Friday, June 12, 2009

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..PERGINYA SEORANG MUJAHID MUDA-ALFATIHAH-

Sedekahkanlah Al-Fatihah untuk sahabat/saudara medic kita.. Allayarham Dr Muhammad Ammar Bin Zulkifli tahun 3 Universiti Kaherah yang telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan yang menimpa mereka selepas maghrib 10 jun (waktu mesir).. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. juga doakan kesejahteraan dan kesembuhan 2 orang lagi sahabat kita yang masih dalam keadaan tidak stabil iaitu Dr Akram Abdul Kadir yang masih koma dan Dr Abdul Rahman Ramdzan yang baru sedar.. kemalangan juga melibatkan 2 orang lagi sahabat yang cedera ringan iaitu Dr Muhamad Fitri Tokiran dan Dr Saif Jamaluddin.. semoga Allah memelihara dan menyembuhkan mereka semua..

Luangkanlah sedikit masa untuk melakukan solat hajat dan berdoa untuk kesembuhan dan kesejahteraan mereka semua.. doa seorang sahabat yang ikhlas kepada sahabatnya insyaAllah akan dimaqbulkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala..
Semoga Allah memelihara kita semua juga dari sebarang kecelakaan dan malapetaka.. amin ya rabbal alamin..

Selaku sahabat/saudara seakidah, ingin sekali menyebut bahawa kebaikan Ammar yg sangat banyak pada Islam..

Dan kerana Allah terlalu sayangkan beliau, Allah telah mengaugerahkan beliau 'husnul khatimah'.. beliau meninggal ketika sedang merancang untuk islam..

Antara kata2 yg acap kali di bibir beliau;

'kami adalah anak2 akhirat yg melihat dunia dari jendela akhirat'

Dan sungguh Allah telah memilihnya untuk melihat dunia dari jendela akhirat lebih awal dari kita semua...

Semoga pemergian beliau ini menjadi satu inspirasi kita semua..
Sama2 kita senantiasa berdoa agar, kita juga terpilih untuk senantiasa ikhlas dan istiqomah sampai saat dipanggil bertemu dengan Rabbul A'lamin....

Moga diberi ketabahan hati daripada Allah kepada ummu ammar sekeluarga.amin
-ALLAH LOVES AMMAR-

wallahua'lam.
-Al'fatihah-

p/s: jenazah sampai malaysia pada hari sabtu, dikebumikan pada hari ahad

Wednesday, June 10, 2009

PERHATIAN!!!

In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful

salam 'alaik..

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga baginda.

ASIF JIDDAN...blog ni sudah lama menyepi daripada rempah ratus bahan-bahan ilmiah mahupun sharing...

KERANA...
Kerja-kerja membersih, menampal, membaiki
dan menguatkan hati sedang dijalankan.
Kesulitan sekarang adalah untuk keselesaan
dan kesenangan di masa hadapan.
UTAMAKAN KESELAMATAN!!

Monday, April 27, 2009

Gathering Pertama Krew iLuvislam.com Malaysia

-antara krew iLi yang hadir-

بسم الله الر حمن الر حيم

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, 25-april-2009 jam 9 hingga 3 petang telah berlangsungnya majlis gathering pertama krew-krew iLuvislam.com Malaysia yang bertempat di PWTC sempena berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2009 (PBAKL).
dengan izin Allah..kita semua dapat berkumpul...saya sayangkan ukhuwah antara kita...moga subur mewangi ke jannatul firdausi...thanks krew2 iLi yg hadir...potretkan memori semalam dihati kalian.

“Maha Suci Allah, syukurku hanya untukMu Allah, terima kasih Allah. Engkau yang telah menentukan kami berkumpul pada hari ini. Engkau-lah Tuhan Maha Perancang. Ya Rabb, telah Engkau tautkan hati kami untuk sama-sama merasai ukhuwah ini. Sesunggunya Engkau-lah Tuhan yang memegang hati-hati kami. Ya Allah, Engkau telah berikan kami kasih sayang dan ingin kami kongsikan kasih sayang itu untuk mendamaikan bumiMu, sesungguhnya Engkau Tuhan Ar-Rahman; yang Maha Penyayang kepada semua makhluk ciptaanMu.”

Subhanallah!

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui.
Bahawa hati-hati ini telah berhimpun atas dasar kecintaan kepadaMU
Bertemu di atas ketaatan kepadaMu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat kesetiaan untuk menolong mendirikan syariatMu
Maka ya Allah, eratkanlah ikatan ini
dan Engkau kekalkanlah kemesraan Mawaddah antara kami.
Tunjukkanlah hati ini jalan yang sebenar
serta penuhkanlahlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakkal kepadaMu
Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu.
Jika Engkau takdirkan kami mati Ya Allah,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.amin

HATI kita umpama kaca jangan biar RETAK,
AKAL kita umpama air jangan biar ia KERING,
IMAN kita bagai debu jangan biar ia HILANG,
UKHUWAH PERSAUDARAAN ANTARA KITA UMPAMA TALI JANGAN BIAR IA PUTUS.

MAY ALLAH REWARDS US WITH JANNATUL FIRDAUSI.

moga Allah mengizinkan kita bertemu lagi...aAMEen...

-usrah bersama bro.im-

Friday, April 10, 2009

"Jom Ikut NABI"

بسم الله الر حمن الر حيم

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji tertentu bagi Allah swt, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul & ikutan orang2 yg bertaqwa, serta ke atas keluarga & sahabat2 baginda sekalian.

Tit…tit..

Message received

“salam alaik..
ya ukhtie…kenape dr dulu asyik “ratuku” jer…
blog tu dh berhabuk da…
mana p menghilang ni…”

huhu antara message yg ana terima sejak 2 minngu lepas, bukan setakat sms, malah dari beberapa message offline dr ym juga…asif jiddan bt teman2…

sepi ini hanya ciptaan,
sepi ini hanyalah ujian,
sepi ini mungkin disengajakan,
sepi ni mungkin kekal bt yg alpa dengan “al-asr”.

Huhu kenape tetibe kluar poem yg x sedap ni…yg sebonar2nyer…ana menyepi kerana dek kesihatan yg tak mengizinkan, insyaAllah…msh dlm proses baik sepenuhnya…ana hajatkan doa sahabat2 smua =)

Hmm…td keluar bersiar2…terpegun melihat telatah si kecil d taman permainan, yg masing2 ade kerenahnya…ade yg ckp kasar, ade yg bertengkar dan mcm2 lg…hmm tetiba dtg atok sorang ni menegur perbuatan mereka agar jgn bercakap kotor, tapi keluarkanlah perkataan yg baik2. Lalu si kecil ini dihidangkan dgn kisah2 akhlak yg baik oleh atok tu…

Apa point ana nk bagitahu ni….jangan bercakap kotor le…ape kene la ayat ana kali mcm x best jer mcm posting2 yg lepas…huhu. Ok la yg kt atas tu intro semata2, cobaan (ayat cite p.ramlee)..hehe

Toyyib, sebenarnya ana nk sharing something about “jom ikut nabi”. Pesanan buat orang menulis ni dan sape2 yg tengah bace ni…moga bermanfaat bersama…

Nabi Muhammad saw melarang kita bercakap perkara yg kotor. Apatah lagi , mencaci, mengherdik, memfitnah, mengejek @ mengata2 orang. Orang yg suka bercakap kotor adalah orang memiliki pekerti yang rendah…



Ayuh kita sama2 belajar akhlak Nabi Muhammad saw mengenai perkara ini:

1. Nabi SAW melarang memaki orang2 kafir yg terbunuh dlm Perang Badar. Kata baginda: “Janganlah mereka dimaki-maki. Apa yg kamu kata tidak akan sampai kepada mereka. Sebaliknya akan menyakitkan hati orang2 yg masih hidup. Bercakap kotor adalah perbuatan yg rendah (hina).”

2. Nabi SAW memberi nasihat kpd seorang sahabat. “Hendaklah kamu bertaqwa kpd Allah. Jika sesorang yg mencelamu dengan sesuatu yg memang ada padamu, maka janganlah engkau mencela dia dengan apa yg kamu tahu tentang dirinya. Biarlah dia yg menaggung dosa sedang kamu beroleh pahala. Jangan sesekali kamu mencaci-maki sesuatu”.

3. Selepas Perang Uhud, ada sahabat meminta Nabi SAW mendoakan kebinasaan terhadap puak Quraisy. Tetapi Nabi menolak, “Aku diutuskan oleh Allah sebagai pembawa rahmat bukan untuk melaknat. Ya Allah…ampunilah kaumku kerana mereka belum mengerti.” Sekeras-keras doa Nabi terhadap musuh ialah semasa peperangan Khandaq…”ya Allah! Yg menurunkan kitab, Yg cepat menghisab, ya Allah! Hancurkanlah kekuatan musuh & goncangkanlah hati mereka.”

4. Kata Nabi lagi: “Orang mukmim bukanlah orang yg suka mencela, suka melaknat, suka bercakap keji dan suka yg kotor.”

Teringat daku dengan pesanan bijak pandai: “Berfikir sebelum bercakap. Jangan bercakap apa yg terfikir”


INGAT wahai diriku yg nakal dan sahabat/sahibah semua “Jauhilah kata2 yg kotor. Sesungguhnya Allah tidak suka kata2 yg kotor dan tidak suka kpd orang yg bercakap kotor.”INGAT tu…!!!


Wallahu’alam…yg baik itu dr Allah. Dan yg buruk itu dr kelemahan ana sendiri dan pd hakikatnya kedua2nya kehendak Allah.

“May Allah bless us with Jannatul Firdausi”


Monday, March 2, 2009

Ratuku

SALAM sesuci titis qatrunada,
buat gadis seindah penghulu syurga,
yang maharnya IMAN & TAQWA,
lalu dihiasi harum tulusnya cinta kepadaNYA.

Buatmu putri,
kudoakan untaian mutiara solehah,
moga dirimu sentiasa terpelihara dibawah naungan kasihNYA,aAMEen.

khas video "ratuku" buat putri-putri islamku yang disayangi fillah.

May Allah Rewards us Jannatul Firdaus.. Ameen...

video

Saturday, February 7, 2009

Hari Kekasih Buat Yang Bercinta KeranaNYA

“I LOVE YOU MY HEART’…!” ucap seorang pemuda linkungan 25 tahun sambil kedua-dun tangan memengang setia sejambak mawar merah dan dihulurkan dengan pandangan yang kononnya penuh romantis buat si gadis di hadapannya yang berusia lingkungan 22 tahun pada setiap 14 febuari setiap tahun. Manakala si gadis menyambut kalimah cinta itu dengan hati yang berbunga riang lontaran ada insan yang bersikap romantis dengannya. Maka, pada malam itu SURE HEBOHLAH para syaitan laknatullah yang telah Berjaya menghiasi bunga-bunga cinta palsu dalam hati pemuda-pemudi, dimana yang HARAM dinampakkan HALAL. Astagfirullah!!!


Ya..itulah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan kekasih sedunia yang sudah terlarut dalam suasana pengaruh Athies dan Barat, Hari Kekasih atau biasa disebut dengan Valentine Day pada 14 Febuari. Pada hari itu, lelaki dan perempuan yang berkasihan atas tiket haram saling memberi hadiah, bunga-bunga, lilin, kad cinta dan berpakaian merah sebagai tanda cinta dan hati. Begitulah setiap tahun manusia akhir zaman ini, kehidupan mereka seolah-olah tidak memerlukan Tuhan sebagai perlindunagan, sumber rezeki, sumber penyembahan dan sumber kecintaan. Sedih dan pilu hati ini, apabila yang meraikannya dengan penuh yakin dan bangganya melafazkan madah berbunga cinta yang membuai jiwa pada hari valentine itu adalah pemuda-pemudi yang mengaku “Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad PesuruhNYA…”! tetapi akhlak mereka tidak menggambarkan jati diri seorang Muslim bahkan mereka bangga beramal dengan budaya hidup Barat.
Valentine Day, berasal daripada perkataan Latin iaitu Valor yang bermaksud baik, jujur, bagus, yang dihormati dan layak. Sejarah kewujudan hari yang diagungkan oleh setiap pasangan kekasih ini berasal daripada kisah cinta seorang paderi ynag bernama Valentine yang telah dipenjara dan telah jatuh cinta padangan pertama dengan seorang gadis yang melawatnya ketika didalam penjara. Sebelum kematiannya Saint Valentine telah mencoret warkah buat “first love nya” dan surat cinta itu diakhiri dengan kata-kata “ from your Valentine”, ungkapan yang sehingga hari ini ditulis diatas kad-kad yang bakal dilayangkan buat kekasih mereka pada hari Valentine. Meskipun kebenaran kisah lagenda ini diragui, namun bagi para pemuda yang hati dan minda mereka telah terasuh dengan budaya Barat, kisah cinta itulah dianggap sebagai simbol cinta sejati.


Duhai pemuda-pemudi Islam yg disayangi fillah, bersabarlah dan janganlah terpengaruh dengan apa yang dipraktikkan oleh pemuda Barat yang tidak menempatkan Allah di hati mereka. Sesungguhnya, junjungan tercinta umat Islam, Rasulullah SAW telah berjanji di dalam satu Hadith Syarif baginda yang mana ada tujuh golongan yang akan dinaungi pada hari yang tiada naungan selain naunganNYA antaranya ialah “dua orang pemuda yang bercinta atau berkasih-sayang kerana Allah Ta’ala”. Subhanallah! Duhai pemuda-pemudiku, lihatlah secara analoginya, Allah ta’ala sebenarnya telah menyediakan satu hari untuk hamba-hambaNYA yang mana mereka yang berkasih-sayang atas tiket halal keranaNYA bergembira dan melayan mereka itu dengan layanan first class. Aahhh!!! Apa lagi yang kalian mahukan.
Itulah hakikat sebenar hari istimewa buat insan yang berkasih-sayang lantaran layanan sebegitu istimewa yang diterima pada hari yang terhimpun segala kengerian yang maha dahsyat di mahkamah Allah kelak datangnya daripada Pencipta alam maya ini. Itulah Hari Kekasih buat Umat Islam.

Ayuh semua fikir-fikirkan…!!!

SAY NO & NEVER TO CELEBRATE VALENTINE'S DAY
" JANGANLAH KAMU MENGIKUT APA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUI TENTANGNYA . SESUNGGUHNYA PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN HATI SEMUANYA AKAN DIMINTA DIPERTANGGUNGJAWABKAN", [AL-ISRA' :36]